Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian XIII · Penguatkuasaan

139. Penggunaan maklumat sulit

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang mendedahkan atau menggunakan apa-apa maklumat sulit yang didapati oleh sebab peruntukan

Akta ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menghalang pendedahan maklumat jika—

(a)

pendedahan itu dibuat bagi atau berkaitan dengan pentadbiran wajar Akta ini;

(b)

pendedahan itu dibuat bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang;

(c)

pendedahan itu dibuat bagi maksud apa-apa penyiasatan yang dijalankan di bawah Akta ini;

(ca)

pendedahan itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat atau dokumen itu diperoleh;

(cb)

pendedahan itu dibuat dalam hal keadaan maklumat yang diberikan itu dirangka dengan cara yang sebegitu rupa sehingga sumber maklumat itu tidak dapat dipastikan;

(cc)

maklumat itu telah sedia ada dalam domain awam;

(d)

pendedahan itu dibuat kepada mana-mana perunding kepada Kerajaan atau kepada mana-mana pegawai yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri sebagai orang yang patut menerima maklumat itu; atau

Perlindungan Pengguna 137

(e)

pendedahan itu dibuat bagi atau berkaitan dengan penyediaan perangkaan oleh Kerajaan berkenaan dengan perjalanan

Akta ini.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “maklumat sulit” ertinya apa-apa maklumat perdagangan, perniagaan atau perindustrian yang dipunyai oleh mana-mana orang, dan yang mempunyai nilai ekonomi dan secara amnya tidak tersedia kepada atau diketahui oleh orang lain.

Report

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules