Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian XIII · Penguatkuasaan
127. Senarai barang disita
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3), jika apa-apa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain disita di bawah Bahagian ini, pegawai yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan segera menghantarserahkan sesalinan yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah di bawah seksyen 125
atau 126, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.
Undang-Undang Malaysia 128
Jika barang disita daripada suatu mesin layan diri pegawai yang menyita hendaklah dengan segera menghantarserahkan sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada orang yang nama dan alamatnya dinyatakan pada mesin itu sebagai tuan punya mesin itu atau, jika tiada nama atau alamat dinyatakan, penghuni premis itu tempat mesin itu dipasangkan atau dilekapkan.
Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai yang menyita itu hendaklah bila mana mungkin melekatkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.