Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian XIII · Penguatkuasaan
138. Halangan, dsb
Feedback & supportMana-mana orang yang—
enggan memberi mana-mana Penolong Pengawal akses kepada mana-mana premis yang Penolong Pengawal itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana Penolong Pengawal dalam membuat apa-apa kemasukan yang Penolong Pengawal itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau
Undang-Undang Malaysia 136
enggan memberi mana-mana Penolong Pengawal apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang boleh dikehendaki daripadanya secara munasabah dan yang ada dalam pengetahuan atau kuasanya untuk diberi, melakukan suatu kesalahan.