Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian XIV · Am dan Pelbagai
144. Kesalahan oleh pekerja, ejen atau pekerja ejen
Feedback & supportJika suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini oleh—
seorang pekerja;
seorang ejen; atau
seorang pekerja ejen, mana-mana orang (“prinsipal”), prinsipal itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa—
kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan kesalahan itu; dan
kesalahan itu telah dilakukan—
dalam hal seorang pekerja, di luar bidang kerjanya;
Undang-Undang Malaysia 140
dalam hal seorang ejen, apabila ejen itu tidak bertindak bagi pihak prinsipalnya; atau
dalam hal seorang pekerja ejen itu, di luar bidang kerjanya dengan ejen atau selainnya bagi pihak ejen itu.