Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian XIV · Am dan Pelbagai

141. Kuasa untuk memerintahkan pematuhan

Feedback & support
(1)

Jika Pengawal mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang sedang melanggar, telah melanggar atau hampir melanggar Akta ini, Pengawal boleh membuat perintah menghendaki orang itu—

(a)

menghentikan pelanggaran;

(b)

menahan diri supaya tidak melakukan pelanggaran atau pelanggaran yang difikir-fikirkan hendak dilakukan itu; atau

(c)

menahan diri daripada apa-apa pelanggaran selanjutnya,

Akta ini.

(2)

Sesalinan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah diserahkan kepada tiap-tiap orang yang dinamakan dalamnya bersama-sama dengan sebab bertulis bagi perintah itu, dan perintah itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja diserahkan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, penyerahan bolehlah dibuat sendiri, atau melalui pos berdaftar Akuan Terima, telegram, pengiriman faksimili atau apa-apa cara elektronik lain atau cara penghantaran lain yang menyebabkan perintah itu dihantar secara bertulis kepada orang yang dinamakan dalamnya.

(4)

Kuasa untuk mengeluarkan suatu perintah di bawah subseksyen (1) bolehlah dijalankan oleh Pengawal sendiri atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh

Pengawal.

Perlindungan Pengguna 139

Report