Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian XIV · Am dan Pelbagai
149. Perlindungan pegawai
Feedback & supportTiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pengawal, Timbalan Pengawal,
Penolong Pengawal atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan kepercayaan munasabah bahawa perbuatan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai olehnya.