Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian XIV · Am dan Pelbagai
146. Pengkompaunan kesalahan
Feedback & supportPengawal atau seseorang Timbalan Pengawal, atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Pengawal, dengan keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya, boleh mengkompaunkan apa-apa kesalahan, yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini, kecuali kesalahan di bawah seksyen 138 dan 139, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu kepada Pengawal, atau
Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.
Perlindungan Pengguna 141
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang boleh dibenarkan oleh Pengawal atau Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1)—
tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan itu dibuat; dan
apa-apa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan sebagaimana yang diarahkan oleh Pengawal.
Apa-apa wang yang telah dibayar kepada Pengawal atau
Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.