Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian XIV · Am dan Pelbagai

145. Penalti am

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali kemudian boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana pertubuhan perbadanan yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali kemudian boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.

(3)

Mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini hendaklah, dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan, dikenakan denda, sebagai tambahan kepada denda yang diperuntukkan di bawah Akta ini, tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report