Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VI · Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang
40. Kekecualian berkenaan dengan gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 39, tiada hak tebus rugi terhadap pembekal barang di bawah Akta ini berkenaan dengan kegagalan barang itu untuk mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima jika—
(a)
pengilang membuat representasi berkenaan dengan barang itu selain dengan suatu pernyataan pada apa-apa pembungkus atau label; dan
(b)
barang itu akan mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima sekiranya representasi itu telah tidak dibuat.