Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VI · Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang
46. Pilihan pengguna untuk mendapat bayaran balik atau gantian
Feedback & supportIn plain English
A consumer who rejects goods under this Act may choose a refund or replacement goods. Replacement goods must be the same type and similar value, and reasonably available in the supplier's stock. A refund is paid in cash. Letting the consumer take other goods does not count as a refund. The guarantees in this Act also apply to replacement goods.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Jika pengguna menggunakan hak untuk menolak barang yang diberikan di bawah Akta ini, pengguna boleh memilih untuk mendapat—
bayaran balik apa-apa wang yang dibayar atau apa-apa balasan lain yang diberikan oleh pengguna berkenaan dengan barang yang ditolak itu; atau
barang yang sama jenisnya dan serupa nilainya untuk menggantikan barang yang ditolak itu jika barang itu boleh didapati dengan semunasabahnya oleh pembekal sebagai sebahagian daripada stok pembekal, dan pembekal hendaklah membuat peruntukan yang sewajarnya.
Bayaran balik yang disebut dalam perenggan (1)(a) ertinya bayaran balik secara tunai wang yang telah dibayar atau nilai apa-apa balasan lain yang diberikan, atau kedua-duanya, mengikut kehendak keadaan.
Obligasi untuk membayar balik wang tidak boleh dipenuhi dengan membenarkan pengguna memperoleh barang lain daripada pembekal.
Jika pengguna mendapat barang untuk menggantikan barang yang ditolak di bawah perenggan (1)(b), barang gantian itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan telah dibekalkan oleh pembekal, dan gerenti dan obligasi di bawah Akta ini yang berhubungan dengan pembekalan barang itu kepada pengguna hendaklah terpakai bagi barang gantian itu.
Undang-Undang Malaysia 78