Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VI · Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang
45. Cara menolak barang
Feedback & supportIn plain English
A consumer rejects goods by telling the supplier, with reasons. The consumer must usually return the goods. If return is very costly, the supplier must pick them up at its own expense. If removing them would badly damage attached property, the supplier must pay for the loss. If the consumer owns them, ownership returns to the supplier on rejection.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Pengguna hendaklah menggunakan hak yang diberikan di bawah Akta ini untuk menolak barang dengan cara memberitahu pembekal tentang keputusan untuk menolak barang itu dan tentang alasan atau alasan-alasan bagi penolakan itu.
Jika pengguna menggunakan hak untuk menolak barang, pengguna hendaklah memulangkan barang yang ditolak itu kepada pembekal melainkan jika—
oleh sebab—
sifat kegagalan untuk mematuhi gerenti yang berkenaan dengannya pengguna mempunyai hak untuk menolak barang itu; atau
saiz atau ketinggian atau cara pemasangannya, barang itu tidak dapat dipulangkan atau dipindahkan atau diangkut tanpa kos yang banyak kepada pengguna, dan dalam hal itu pembekal hendaklah mengambil barang itu dengan perbelanjaannya sendiri;
oleh sebab cara pemasangannya barang itu tidak dapat dipulangkan atau dipindahkan tanpa kerosakan yang banyak kepada harta tak alih atau harta alih yang kepadanya barang itu dipasangkan, dan dalam hal itu pembekal hendaklah mengganti rugi pengguna bagi apa-apa kerugian atau kerosakan akibat atau hasil daripada pemindahan itu; atau
barang itu sudah pun dipulangkan kepada, atau diambil semula oleh, pembekal.
Perlindungan Pengguna 77
Jika pemunyaan barang itu telah berpindah kepada pengguna sebelum pengguna menggunakan hak penolakan, pemunyaan dalam barang itu terletak hak semula pada pembekal dengan pemberitahuan penolakan itu.