Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VI · Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang
48. Liabiliti bagi representasi
Feedback & supportJika barang yang diserahhakkan atau didapatkan untuk diserahhakkan kepada pembekal oleh seseorang yang bertindak secara perdagangan (“pengedar”) dibekalkan kepada pengguna, tiap-tiap representasi yang dibuat kepada pengguna itu oleh pengedar itu atau seseorang yang bertindak bagi pihak pengedar itu berkaitan dengan, atau dalam perjalanan rundingan yang membawa kepada, pembekalan barang itu hendaklah memberi pengguna—
terhadap pembekal, tertakluk pada seksyen 49, hak yang sama sebagaimana yang akan didapati oleh pengguna di bawah Akta ini sekiranya representasi itu telah dibuat oleh pembekal sendiri; dan
terhadap pengedar yang membuat representasi dan mana-mana orang yang bagi pihaknya pengedar bertindak dalam membuat representasi itu, hak yang sama terhadap mana-mana daripada atau kesemua mereka itu sendiri sebagaimana yang akan didapati oleh pengguna sememang akan mendapat di bawah Akta ini sekiranya orang itu telah membekalkan barang itu kepada pengguna sebagai hasil rundingan itu.
Tanpa menjejaskan mana-mana hak atau remedi lain yang pembekal mungkin berhak kepadanya, pembekal adalah berhak, jika representasi dibuat tanpa kebenarannya secara nyata atau tersirat, untuk ditanggung rugi oleh pengedar yang membuat representasi itu dan oleh mana-mana orang yang bagi pihaknya itu pengedar bertindak dalam membuatnya, terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pembekal melalui kuat kuasa subseksyen (1).
Perlindungan Pengguna 79