Skip to content

Seksyen 13A

Dokumen reka bentuk dan model

of Akta Hakcipta 1987

ActIn forceProvision 15 of 110
Seksyen 13A
(1)

Adalah tidak menjadi suatu pelanggaran apa-apa hak cipta dalam suatu dokumen reka bentuk atau model yang merekodkan atau yang mengandungi reka bentuk bagi apa-apa jua selain daripada suatu karya seni atau rupa taip—

34

Undang-Undang Malaysia

(a)

untuk membuat suatu barang mengikut reka bentuk itu, atau untuk meniru atau untuk mengeluarkan semula suatu barang yang dibuat mengikut reka bentuk itu; atau

(b)

untuk mengeluarkan kepada awam, atau memasukkan dalam suatu filem, siaran atau perkhidmatan rancangan kabel, apa-apa jua yang pembuatannya bukanlah, menurut kuasa perenggan (a), suatu pelanggaran hak cipta itu.

(2)

Dalam seksyen ini—

“dokumen reka bentuk” ertinya apa-apa rekod suatu reka bentuk, sama ada dalam bentuk lukisan, perihalan bertulis, fotograf, data yang disimpan dalam komputer atau selainnya; dan

“reka bentuk” ertinya reka bentuk apa-apa aspek bentuk atau tatarajah (sama ada dalaman atau luaran) keseluruhan atau sebahagian daripada suatu barang, selain daripada hiasan permukaan.