Akta Hakcipta 1987 · Updated to 30 Jun 2022 · Bahagian III · Kuasa dan Jangka Masa Hak Cipta
23B. Jangka masa saraan saksama
Feedback & supportHak kepada saraan yang saksama hendaklah wujud dari masa rakaman bunyi diterbitkan sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun penerbitan atau, jika rakaman bunyi itu tidak diterbitkan, dari masa penetapan rakaman bunyi itu sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun penetapan itu.