Skip to content

Seksyen 16

Penyiaran karya yang dimuatkan dalam filem

of Akta Hakcipta 1987

ActIn forceProvision 20 of 110
Seksyen 16
(1)

Jika pemunya hak cipta mana-mana karya sastera, muzik atau seni membenarkan seseorang untuk memuatkan karya itu dalam sesuatu filem dan sesuatu perkhidmatan penyiaran menyiarkan filem itu, kiranya tidak ada apa-apa persetujuan sebaliknya yang nyata di antara pemunya hak cipta dan orang itu, maka hendaklah disifatkan bahawa pemunya hak cipta itu telah membenarkan siaran itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika sesuatu perkhidmatan penyiaran menyiarkan sesuatu filem dalam mana suatu karya sastera, muzik atau seni telah dimuatkan, pemunya hak untuk menyiarkan karya sastera, muzik atau seni itu adalah berhak untuk menerima pampasan yang patut daripada perkhidmatan penyiaran itu.