Skip to content

Seksyen 17

Jangka masa hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni

of Akta Hakcipta 1987

ActIn forceProvision 23 of 110
Seksyen 17
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam

Akta ini, hak cipta mengenai mana-mana karya sastera, muzik atau seni yang wujud mengenai karya itu di bawah Akta ini wujud semasa hayat pencipta dan hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun selepas kematiannya.

(2)

Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni tidak pernah diterbitkan sebelum kematian penciptanya, hak cipta yang wujud mengenai karya itu di bawah Akta ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang karya itu mula-mula diterbitkan.

(3)

Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni diterbitkan tanpa nama atau dengan menggunakan nama samaran, hak cipta yang wujud mengenai karya itu di bawah Akta ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun karya itu diterbitkan atau mula-mula dijadikan tersedia kepada orang awam atau dibuat, mengikut mana-mana yang paling kemudian:

Dengan syarat bahawa sekiranya identiti pencipta telah diketahui jangka masa hak cipta hendaklah dikira menurut subseksyen (1).

(4)

Dalam seksyen ini, sebutan mengenai “pencipta” hendaklah, dalam hal karya ciptaan bersama, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pencipta yang meninggal dunia terkemudian.

Jangka masa hak cipta mengenai edisi diterbitkan