Skip to content

Seksyen 15

Kuasa hak cipta mengenai siaran

of Akta Hakcipta 1987

ActIn forceProvision 19 of 110
Seksyen 15
(1)

Hak cipta mengenai sesuatu siaran adalah hak eksklusif untuk mengawal di Malaysia rakaman, pengeluaran semula, dan penyiaran semula, keseluruhan atau sebahagian besar siaran itu, dan pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam di tempat yang mengenakan bayaran masuk bagi keseluruhan atau sebahagian besar sesuatu siaran televisyen sama ada dalam bentuk asalnya atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenal sebagai diambil daripada yang asalnya.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), perenggan 13(2)(a), (g), (gg),

(ggg), (gggg), (h) dan (o) hendaklah juga terpakai bagi hak cipta mengenai siaran.

(3)

Hak cipta mengenai sesuatu siaran televisyen adalah termasuk hak untuk mengawal pengambilan gambar pegun dari siaran tersebut.