Akta Hakcipta 1987 · Updated to 30 Jun 2022 · Bahagian III · Kuasa dan Jangka Masa Hak Cipta
25A. Hak moral pelaku
Feedback & supportSeseorang pelaku hendaklah, berkenaan dengan persembahannya atau persembahannya yang telah ditetapkan dalam fonogram, mempunyai hak—
untuk menuntut supaya dikenali sebagai pelaku bagi persembahannya, kecuali jika ketinggalan itu berlaku oleh cara penggunaan persembahan itu; dan
untuk membantah apa-apa gangguan, pencacatan atau pengubahsuaian lain persembahannya yang akan menjejaskan reputasinya.
Hak yang diberikan kepada pelaku di bawah subseksyen (1)
hendaklah, selepas kematiannya, disenggarakan dan hendaklah boleh digunakan oleh orang atau institusi yang diberi kuasa oleh pelaku itu.
Bagi maksud seksyen ini, “fonogram” ertinya penetapan bunyi sesuatu persembahan atau bunyi lain atau perlambangan bunyi itu, selain dalam bentuk penetapan yang digabungkan dalam filem atau karya audiovisual lain.