Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian II · Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pendaftar

4. Fungsi Pendaftar

Feedback & support

Pendaftar hendaklah mempunyai segala fungsi yang dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini dan tanpa menjejaskan keluasan perkara yang disebut terdahulu, hendaklah juga mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

menasihati Menteri mengenai segala perkara berhubung dengan pentadbiran Akta ini;

(b)

melaksanakan dan menguatkuasakan Akta ini termasuk perumusan dasar dan tatacara pengendalian;

(c)

memajukan kesedaran dan penyebaran maklumat kepada orang awam berhubung dengan pelaksanaan Akta ini;

(d)

bertanggungjawab bagi pemantauan, pengawalan, penyeliaan dan pengawalseliaan agensi pelaporan kredit;

(e)

menggalakkan dan memajukan pembangunan agensi pelaporan kredit dan sektor pelaporan kredit dengan baik dan teratur;

(f)

mewujudkan suatu persekitaran yang sesuai bagi agensi pelaporan kredit untuk menjalankan aktivitinya; dan

(g)

menjalankan apa-apa aktiviti atau melakukan apa-apa perkara yang perlu, bermanfaat dan wajar bagi pentadbiran

Akta ini, atau apa-apa maksud lain yang selaras dengan

Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Report

Bahagian III

Pendaftaran Agensi Pelaporan Kredit

Bahagian IV

Pengurusan Agensi Pelaporan Kredit

Bahagian V

Penjalanan Perniagaan Agensi Pelaporan Kredit

Bahagian VI

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules