Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian II · Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pendaftar
5. Kuasa Pendaftar
Feedback & supportPendaftar hendaklah mempunyai segala kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Agensi Pelaporan Kredit 17
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Pendaftar hendaklah termasuk kuasa—
melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang difikirkannya patut untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya;
membuat kontrak;
mengadakan dan menyenggarakan Daftar;
mengutip apa-apa fi yang ditetapkan di bawah Akta ini;
dan
melakukan semua perkara lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada pelaksanaan fungsinya.