Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian II · Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pendaftar
6. Pelantikan Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar
Feedback & support(1)
Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai awam sebagai Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar yang perlu untuk membantu Pendaftar dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
(2)
Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada penyeliaan, arahan dan kawalan Pendaftar.