Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian II · Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pendaftar
8. Pewakilan fungsi dan kuasa Pendaftar
Feedback & support(1)
Pendaftar boleh, tertakluk pada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut untuk dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya yang dikenakan atau diberikan kepadanya di bawah Akta ini, kecuali kuasa pewakilannya, kepada mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 6(1) dan 7(1) dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian bolehlah dilaksanakan dan dijalankan oleh pegawai itu atas nama dan bagi pihak Pendaftar.
(2)
Pewakilan di bawah subseksyen (1) tidak menghalang
Pendaftar sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.