Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian IV · Penangkapan, Penyiasatan dan Penyitaan

16. Kuasa masuk, menggeledah, memeriksa dan menyita

(1)

Bilamana ternyata kepada mana-mana pegawai kanan polis bahawa ada sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa di dalam atau di mana-mana premis ada disembunyikan atau disimpan apa-apa harta yang boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini, atau yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini adalah semunasabahnya disyaki telah dilakukan, atau apa-apa buku atau dokumen yang secara langsung atau secara tidak langsung berhubungan dengan atau berkaitan dengan apa-apa urus niaga, atau cadangan urus niaga, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, berkenaan dengan apa-apa harta yang boleh disita atau dilucuthakkan di bawah Akta ini atau yang akan, jika dijalankan, menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh pada bila-bila masa pada waktu siang atau malam—

(a)

masuk ke dalam premis itu dan di situ menggeledah, dan menyita serta menahan, apa-apa harta, buku atau dokumen sedemikian;

(b)

memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu dan, bagi maksud pemeriksaan itu, menahan orang itu dan memindahkannya ke suatu tempat yang perlu untuk mempermudahkan pemeriksaan itu;

(c)

menangkap mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu yang dalam milikannya dijumpai apa-apa harta yang boleh disita atau dilucuthakkan di bawah

Akta ini, atau menangkap mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai oleh pegawai itu telah menyembunyikan atau menyimpan harta itu;

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 39

(d)

menyita dan menahan apa-apa buku atau dokumen yang dijumpai di dalam atau di premis itu atau pada orang itu;

(e)

memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa artikel, bejana atau bekas; atau

(f)

memberhentikan, menggeledah dan menahan mana-mana kenderaan.

(2)

Pegawai itu boleh jika perlu berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam premis itu dan masuk ke dalamnya;

(b)

dengan paksa masuk ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagiannya;

(c)

mengalih dengan menggunakan kekerasan apa-apa galangan terhadap kemasukan, penggeledahan atau pemeriksaan, penyitaan dan pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau

(d)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di dalam atau di premis itu, sehingga premis itu telah digeledah.

(3)

Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai berhubungan dengan buku jurubank di sesuatu bank.

Report

Bahagian V

Pelucuthakan

Bahagian VII

Bantuan Kepada Negara Asing

Bahagian VIII

Schedules