Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian IV · Penangkapan, Penyiasatan dan Penyitaan

21. Kuasa khas mengenai penyiasatan

(1)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, Pendakwa Raya, jika berpuas hati bahawa adalah perlu bagi maksud apa-apa penyiasatan ke atas suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4, atau subseksyen 24(7), atau di bawah mana-mana undang-undang asing yang bersamaan, atau bagi

* CATATAN ─ Akta Pejabat Pos 1947 [Akta 211] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465] ─ lihat seksyen 50 bagi Akta 465.

** CATATAN ─ Akta Telekomunikasi 1950 [Akta 20] telah dimansuhkan oleh Akta Komunikasi dan

Multimedia 1998 [Akta 588]─ lihat seksyen 273 bagi Akta 588.

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

maksud apa-apa prosiding di bawah Bahagian III, atau bagi apa-apa maksud lain di bawah Akta ini, boleh melalui perintah secara bertulis membenarkan mana-mana pegawai kanan polis yang dinamakan dalam perintah itu untuk menjalankan penyiasatan mengenai perkara itu mengikut apa-apa cara atau kaedah yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), perintah itu boleh membenarkan disiasat, diperiksa, dan diambil salinan, mana-mana buku jurubank atau akaun bank, atau mana-mana akaun syer atau akaun belian, akaun perbelanjaan atau mana-mana akaun lain, atau membenarkan diperiksa mana-mana peti simpanan selamat, dalam mana-mana bank, institusi kewangan, syarikat, firma, persatuan, pertubuhan, atau mana-mana jua pun badan lain, dan hendaklah menjadi kuasa yang cukup bagi pendedahan atau pengemukaan oleh mana-mana orang akan segala atau mana-mana maklumat atau akaun atau dokumen atau artikel sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai yang dibenarkan sedemikian.

(3)

Mana-mana orang yang dengan sengaja tidak atau enggan mendedahkan mana-mana maklumat sedemikian, atau mengemukakan mana-mana akaun atau dokumen atau artikel sedemikian, kepada orang yang dibenarkan sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(4)

Jika mana-mana orang mendedahkan mana-mana maklumat sedemikian, atau mengemukakan mana-mana akaun atau dokumen atau artikel sedemikian, kepada orang yang dibenarkan sedemikian, orang yang mula-mula disebutkan itu ataupun mana-mana orang lain yang bagi pihaknya atau atas arahannya, atau yang sebagai ejen atau pekerjanya, orang yang mula-mula disebutkan itu mungkin bertindak tidak boleh, oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa dakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 45

mana-mana undang-undang, atau di bawah atau menurut kuasa mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, atau bagaimana jua pun selainnya.

Report

Bahagian V

Pelucuthakan

Bahagian VII

Bantuan Kepada Negara Asing

Bahagian VIII

Schedules