Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian IV · Penangkapan, Penyiasatan dan Penyitaan

23. Kuasa Pendakwa Raya untuk meminta maklumat daripada pegawai tertentu

(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, Pendakwa Raya hendaklah mempunyai kuasa menghendaki mana-mana pegawai awam dalam masa yang dinyatakan olehnya memberikan apa-apa maklumat berhubungan dengan mana-mana orang, apa-apa soalan atau perkara yang pada pendapat Pendakwa Raya akan berguna bagi, atau relevan dengan, maksud Akta ini, dan pegawai awam itu hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk memberikannya kepada Pendakwa Raya dalam masa yang dinyatakan itu.

(2)

Jika mana-mana pegawai awam memberikan apa-apa maklumat di bawah subseksyen (1) dia tidak boleh oleh sebab itu dikenakan apa-apa dakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau di bawah atau menurut kuasa mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, atau bagaimana jua pun selainnya.

Perintah oleh Pendakwa Raya berhubungan dengan seseorang yang terhadapnya tindakan di bawah seksyen 8 dicadangkan hendak diteruskan atau yang dicadangkan hendak atau yang sedang didakwa kerana kesalahan tertentu

Report

Bahagian V

Pelucuthakan

Bahagian VII

Bantuan Kepada Negara Asing

Bahagian VIII

Schedules