Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian IV · Penangkapan, Penyiasatan dan Penyitaan

19. Tanggung rugi

(1)

Kerajaan tidak bertanggungan untuk menggantikan apa-apa kerosakan yang berlaku kepada mana-mana barang atau mana-mana harta akibat daripada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau penahanan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, melainkan jika kerosakan itu telah disebabkan oleh pengabaian atau keingkaran sengaja pegawai awam yang diambil kerja oleh

Kerajaan.

(2)

Jika amaun pampasan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang disebabkan sedemikian itu tidak dipersetujui di antara

Kerajaan dengan pihak menuntut, ia hendaklah, apabila permohonan dibuat oleh Pendakwa Raya atau orang yang menuntut

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

pampasan itu ditentukan dan diputuskan secara terus oleh

Mahkamah Majistret Kelas satu.

Report

Bahagian V

Pelucuthakan

Bahagian VII

Bantuan Kepada Negara Asing

Bahagian VIII

Schedules