Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Penangkapan, Penyiasatan dan Penyitaan
Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Penangkapan, Penyiasatan dan Penyitaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pegawai kanan polis boleh memeriksa, atau menyebabkan diperiksa, mana-mana orang yang pada dirinya pegawai kanan polis itu mempunyai sebab untuk percaya ada apa-apa harta yang boleh disita atau dilucuthakkan di bawah Akta ini, atau apa-apa jua pun artikel yang perlu bagi maksud apa-apa penyiasatan di bawah Akta ini, dan bagi maksud pemeriksaan itu boleh menahan orang itu selama apa-apa tempoh yang perlu untuk menjalankan
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
pemeriksaan itu, yang tidak bagaimanapun boleh melebihi dua puluh empat jam tanpa kebenaran seorang Majistret, dan boleh memindahkan orang itu dalam jagaan ke suatu tempat yang perlu untuk mempermudahkan pemeriksaan itu.
Pemeriksaan ke atas seseorang di bawah seksyen ini atau di bawah seksyen 16 boleh meliputi pemeriksaan perubatan yang dijalankan oleh seorang pegawai perubatan ke atas tubuhnya, baik bahagian luar mahu pun bahagian dalam tubuh badan.
Tiada seorang orang perempuan pun boleh diperiksa di bawah seksyen ini atau di bawah seksyen 16 kecuali oleh seorang perempuan lain.
Bahagian V
Bahagian VII