Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Penangkapan, Penyiasatan dan Penyitaan
29. Urus niaga dengan harta disita selepas penyitaan adalah tidak sah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Selepas penyitaan apa-apa harta telah dilaksanakan di bawah Akta ini, dan selagi penyitaan itu masih berkuat kuasa, apa-apa urus niaga, kontrak, atau apa-apa jua pun perkara lain yang dilaksanakan, dilakukan, atau dibuat oleh mana-mana orang atau di antara mana-mana orang berkenaan dengan harta itu, kecuali apa-apa urus niaga yang dilaksanakan di bawah Akta ini atau menurut kuasa Akta ini oleh seorang pegawai awam atas sifatnya sebagai pegawai yang sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak
Kerajaan Malaysia, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan, atau badan berkanun lain, adalah terbatal dan tidak sah, dan tidak boleh didaftarkan atau bagaimana jua pun selainnya dilaksanakan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa.
Subseksyen (1) adalah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan subseksyen 28(3) dan (4).
Selagi suatu penyitaan apa-apa harta di bawah Akta ini masih berkuat kuasa, tiada tindakan, guaman atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan atau, jika sebelum sahaja
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
penyitaan itu ia sudah dimulakan tetapibelum selesai, dikekalkan atau diteruskan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain berkenaan dengan harta yang telah disita sedemikian, dan tiada penahanan, pelaksanaan atau proses lain yang serupa itu boleh dimulakan atau, jika sebelum sahaja penyitaan itu mana-mana proses sedemikian sudah dimulakan tetapi belum selesai, dikekalkan atau diteruskan berkenaan dengan harta itu oleh sebab apa-apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat, atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan, sebelum atau selepas penyitaan itu dilaksanakan, kecuali atas kehendak Kerajaan Malaysia, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau atas kehendak suatu pihak berkuasa tempatan, atau badan berkanun lain, atau kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Pendakwa Raya.
Kesahan penyitaan, atau jualan yang berbangkit daripadanya, tidak terjejas oleh bantahan tertentu
Bahagian V
Pelucuthakan
Bahagian VII