Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian IV · Penangkapan, Penyiasatan dan Penyitaan

31. Pelepasan harta yang disita

(1)

Jika harta telah disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai polis ditetapkan selain daripada pegawai polis yang melaksanakan penyitaan itu boleh pada bila-bila masa selepas itu

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 65

sebelum harta itu dilucuthakkan di bawah Akta ini melepaskan harta itu kepada mana-mana orang yang diputuskannya berhak ke atas harta itu menurut undang-undang jika dia berpuas hati bahawa harta itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini atau Akta

Dadah Berbahaya 1952, dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang lain, dan dalam hal yang demikian baik pegawai yang melaksanakan penyitaan itu mahupun Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan harta itu dan pelepasannya telah dilaksanakan dengan suci hati.

(2)

Suatu rekod bertulis berkenaan dengan pelepasannya mana-mana harta di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh pegawai yang melaksanakan apa-apa pelepasannya itu dengan menyebutkan di dalamnya secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasannya itu, dan dia hendaklah menghantar satu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dan juga kepada Ketua Polis Negara dalam masa tujuh hari selepas pelepasannya itu.

Pelucuthakan harta yang disita di bawah Akta ini jika tiada pendakwaan, atau prosiding di bawah Bahagian III, atau tiada tuntutan mengenainya

Report

Bahagian V

Pelucuthakan

Bahagian VII

Bantuan Kepada Negara Asing

Bahagian VIII

Schedules