Skip to content

Seksyen 10

of Akta Fitnah 1957

ActIn forceProvision 10 of 22

Seksyen 10

(1)

Dalam mana-mana tindakan kerana fitnah, defendan (selepas notis bertulis mengenai niatnya untuk berbuat sedemikian diberi dengan sewajarnya kepada plaintiff pada masa pemfailan pernyataan bertulis mengenai kesnya) boleh memberi dalam keterangan, dalam pengurangan ganti rugi, bahawa dia telah memberi atau menawarkan permintaan maaf kepada plaintiff bagi fitnah tersebut sebelum dimulakan tindakan tersebut atau sebaik sahaja selepas itu yang dia mempunyai peluang untuk berbuat sedemikian sekiranya tindakan sepatutnya telah dimulakan sebelum adanya peluang memberi atau menawarkan permintaan maaf tersebut.

(2)

Dalam sesuatu tindakan kerana libel yang terkandung dalam mana-mana suratkhabar, seseorang defendan yang telah membayar wang ke dalam mahkamah di bawah peruntukan-peruntukan manamana undang-undang bertulis berhubungan dengan prosedur civil boleh menyatakan dalam pengurangan ganti rugi, dalam pernyataan bertulis kesnya, bahawa libel tersebut telah dimasukkan ke dalam suratkhabar itu tanpa niat-jahat sebenarnya dan tanpa kecuaian melampau dan bahawa, sebelum dimulakan tindakan itu atau pada peluang terawal selepasnya, dia memasukkan atau menawarkan untuk dimasukkan ke dalam suratkhabar itu suatu permintaan maaf sepenuhnya bagi libel itu, atau, jika suratkhabar di dalam mana libel itu terdapat patut pada biasanya diterbitkan pada lat tempoh melebih satu minggu, telah menawarkan untuk diterbitkan permintaan maaf tersebut dalam mana-mana suratkhabar yang dipilih oleh plaintiff dalam tindakan itu.