Malaysia legislation

Section 16

of AKTA FITNAH 1957

Seksyen 16

Dalam mana-mana tindakan kerana libel atau slander, defendan boleh memberi keterangan untuk mengurangkan ganti rugi bahawa plaintiff telah mendapat ganti rugi atau telah membawa tindakan bagi mendapatkan ganti rugi, kerana libel atau slander berkenaan dengan penerbitan perkataan-perkataan yang bermaksud sama dengan perkataan-perkataan yang tindakan itu berasaskan, atau telah menerima atau bersetuju menerima pampasan berkenaan dengan mana-mana penerbitan sedemikian.