Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

6. Section 6

Feedback & support
(1)

Dalam mana-mana tindakan kerana slander terhadap hakmilik, slander terhadap barang-barang atau kepalsuan berniat-jahat yang lain, adalah tidak perlu untuk mengatakan atau membuktikan kerugian khas—

(a)

jika perkataan-perkataan ke atas mana tindakan diasaskan dikira menyebabkan kerugian wang kepada plaintiff dan diterbitkan dalam tulisan atau bentuk tetap yang lain; atau

(b)

jika perkataan-perkataan tersebut dikira menyebabkan kerugian wang kepada plaintiff berkenaan dengan mana-mana jawatan, profesion, pekerjaan, tred atau perniagaan yang dipegang atau dijalankan olehnya pada masa penerbitan itu.

FITNAH

(2)

Seksyen 3 Akta ini terpakai bagi maksud-maksud seksyen ini sebagaimana ianya terpakai bagi maksud-maksud undang-undang libel dan slander.

Report