Skip to content

Seksyen 5

of Akta Fitnah 1957

ActIn forceProvision 5 of 22

Seksyen 5

Dalam sesuatu tindakan kerana slander berkenaan dengan perkataan-perkataan yang dikira menghina plaintif dalam mana-mana jawatan, profesion, pekerjaan, tred atau perniagaan yang dipegang atau dijalankan olehnya pada masa penerbitan, adalah tidak perlu untuk mengatakan atau membuktikan kerugian khas sama ada atau tidak perkataan-perkataan ditutur berkenaan dengan plaintif menjadi rintangan dalam jawatan, profesion, pekerjaan, tred atau perniagaannya.