Malaysia legislation

Section 2

of AKTA FITNAH 1957

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“mesyuarat awam” ertinya suatu mesyuarat yang diadakan bona fide dan menurut undang-undang bagi maksud yang sah di sisi undang-undang dan bagi memajukan atau membincangkan apa-apa perkara mengenai urusan awam sama ada kemasukan ke mesyuarat itu adalah umum atau terhad;

“penyiaran dengan cara komunikasi radio” ertinya penerbitan bagi penerimaan am dengan cara komunikasi radio dalam erti Akta Telekomunikasi 1950, dan termasuk pancaran serentak melalui talian telekomunikasi mengikut lesen yang diberi bagi maksud itu di bawah Akta Telekomunikasi mengenai perkataan-perkataan yang disiarkan dengan cara komunikasi radio;

“perkataan-perkataan” meliputi gambar, imej visual, isyarat, dan cara-cara lain untuk menyatakan maksud;

“suratkhabar” ertinya apa-apa kertas yang mengandungi berita-berita awam atau pemerhatian ke atasnya atau mengandungi keseluruhannya atau sebahagian besarnya iklan-iklan yang dicetak untuk

AKTA 286

dijual dan disiarkan di Malaysia sama ada secara berkala atau dalam bahagian atau dalam bilangan pada lat tempoh yang tidak melebihi tiga puluh enam hari.