Malaysia legislation

Section 18

of AKTA FITNAH 1957

Seksyen 18

Apabila dalam sesuatu tindakan kerana libel plaintiff mendakwa lebih daripada seorang defendan, sama ada bersesama, berasingan atau dalam alternatif, dan keterangan diberi mengenai niat-jahat seorang defendan atau mengenai apa-apa perkara lain yang memburukkan yang tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadap mana-mana defendan lain jika dia didakwa berseorangan, defendan lain itu boleh memohon kepada mahkamah supaya ganti rugi terhadap dirinya sendiri dan defendan bersamanya ditaksirkan berasingan, dan jika permohonan sedemikian dibuat, mahkamah hendaklah mentaksir ganti rugi berasingan terhadap tiap-tiap seorang defendan dan tiada seorang pun defendan boleh bertanggungan atau tiada apa-apa pelaksanaan boleh dikeluarkan terhadapnya bagi ganti rugi yang selanjutnya atau ganti rugi lain selain daripada yang akan ditaksirkan terhadapnya.