Malaysia legislation

Section 12

of AKTA FITNAH 1957

Seksyen 12

(2)

Dalam sesuatu tindakan korana libel berkonaan dengan penerbitan mana-mana laporan atau porkara yang tersebut dalam Bahagian II kopada Jadual Akta ini, peruntukan-peruntukan seksyon ini tidak akan menjadi pembelaan jika ianya dibuktikan bahawa defendan telah diminta oleh plaintif untuk monorbitkan dalam suratkhabar di mana penerbitan asalnya telah dibuat suatu surat atau pernyataan yang munasabah berupa huraian atau sangkalan, dan defendan telah menolak atau mengabai daripada berbuat sedemikian, atau telah berbuat demikian dengan cara yang tidak mencukupi atau tidak munasabah dengan memberi perhatian kepada semua hal-keadaan.

(3)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melindungi penerbitan apa-apa perkara cercaan, hasutan atau lucah atau apa-apa perkara yang penerbitannya dihalang oleh undang-undang, atau apa-apa perkara yang bukan urusan awam dan penerbitannya bukan untuk faedah awam.

(4)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghadkan atau mengurangkan apa-apa perlindungan yang wujud (melainkan menurut kuasa Enakmen Libel Negeri-Negeri Melayu Bersekutudan Ordinan Libel Negeri-Negeri Selat yang dimansuhkan oleh Akta ini) sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini.