Seksyen 11
Seksyen 11
Sesuatu laporan yang berpatutan dan tepat dan laporan semasa bagi prosiding yang didengar secara awam di hadapan mana-mana mahkamah yang menjalankan kuasa kehakiman secara sahnya di dalam Malaysia dan mengenai penghakiman, hukuman atau dapatan oleh mana-mana mahkamah sedemikian hendaklah terlindung secara mutlak, dan apa-apa komen yang berpatutan dan bona fide mengenainya hendaklah dilindungi, walaupun penghakiman, hukuman atau dapatan tersebut kemudiannya diakaskan, dibatalkan atau diubahkan, melainkan jika pada masa penerbitan laporan atau komen itu, defendan yang menuntut perlindungan yang diberi oieh seksyen ini, mengetahui atau patut mengetahui akan pengakasan, pembatalan atau perubahan itu.
(2)
Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh membenarkan penerbitan apa-apa perkara cercaan, hasutan atau lucah atau apa-apa perkara yang penerbitannya dilarang oleh undang-undang.