Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
73. Pindaan seksyen 85
Feedback & supportSeksyen 85 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dengan menggantikan perkataan “Pemeriksa” dan
“pemeriksa itu” dengan perkataan “Bank”;
dengan menggantikan perkataan “dipercayainya”
dan “ditentukannya” masing-masing dengan perkataan “dipercayai oleh Bank” dan “ditentukan oleh Bank”;
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “institusi yang ditetapkan” perkataan
“, subsidiarinya”;
Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)
dalam perenggan (b)—
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “pelanggan”
dengan perkataan “klien”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan
“institusi yang ditetapkan” perkataan “atau subsidiarinya”;
dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “institusi yang ditetapkan” perkataan “atau subsidiarinya atau seorang anggota jawatankuasa
Shariah”; dan
dengan menggantikan perkataan “dokumen atau maklumat” dengan perkataan “dokumen, maklumat atau penjelasan”;
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.”; dan
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Mana-mana orang yang termasuk dalam perenggan (1)(b), seorang juruaudit atau seorang anggota jawatankuasa Shariah yang disebut dalam perenggan (1)(c) tidak bertanggungan bagi kemungkiran sesuatu kontrak yang berhubungan dengan, atau kewajipan tentang, kerahsiaan kerana mengemukakan dokumen, maklumat atau penjelasan di bawah subseksyen (1).”.
Undang-Undang Malaysia 56