Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Penggal 4

69. Pindaan seksyen 80

Feedback & support

Seksyen 80 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Liabiliti jika rekod perakaunan dan maklumat tidak disimpan”;

Undang-Undang Malaysia 52

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “rekod perakaunan” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau maklumat”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1 a)  Bagi maksud subseksyen (1), “rekod perakaunan” mempunyai erti yang sama seperti dalam

Akta Syarikat 1965.”; dan

(d)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.”.

Report