Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
72. Pindaan seksyen 84
Feedback & supportSeksyen 84 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “pemeriksa itu” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Bank”;
dalam subseksyen (1)—
dengan memasukkan selepas perkataan “institusi yang ditetapkan” perkataan “atau subsidiarinya”;
dan
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) hendaklah memberi Bank akses kepada dokumennya, termasuk dokumen hakmilik kepada asetnya, semua cagaran yang dipegang olehnya berkenaan dengan urusan pelanggannya dan pelaburan yang dipegang olehnya, wang tunai, premis, perkakas, kelengkapan atau jentera, dan mengemukakan kepada Bank semua dokumen atau wang tunai itu, sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;”;
Undang-Undang Malaysia 54
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.”;
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“seseorang pemeriksa boleh mengambil milik sesuatu dokumen atau wang tunai” dengan perkataan “Bank boleh mengambil milik apa-apa dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Mana-mana orang yang enggan membenarkan
Bank untuk mengambil milik dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.”.