Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Penggal 4

77. Pindaan seksyen 88

Feedback & support

Seksyen 88 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Bahagian ini”

dengan perkataan “Akta ini”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “orang lain” perkataan “yang dilantik di bawah subseksyen 4(3)”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Seorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Bank di bawah Akta ini.”;

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“hak, perlindungan dan tanggung rugi” dengan perkataan

“hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan tanggung rugi”;

(d)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4) Seorang pegawai penyiasat, dalam menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya, hendaklah tertakluk kepada dan mematuhi arahan, kawalan,

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

59

petunjuk, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam apa-apa hal atau hal keadaan tertentu.”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5) Seorang pegawai penyiasat yang menjalankan apa-apa pemeriksaan ke atas mana-mana orang di bawah Akta ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan suatu sumpah atau ikrar kepada orang yang sedang diperiksa.”.

Report