Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Penggal 4

99a. Section 99a

Feedback & support
(1)

Apa-apa perintah atau notis yang diberikan di bawah

Akta ini, hendaklah, jika ia dikehendaki untuk disampaikan kepada seorang individu, disampaikan dengan—

(a)

menghantar serahnya secara kediri kepada orang yang notis itu diniatkan;

(b)

menghantar serahnya kepada orang dewasa di tempat kediaman, pekerjaan atau perniagaan terakhir diketahui bagi orang yang diniatkan itu; atau

(c)

menghantarnya melalui pos berdaftar kepada orang yang notis itu diniatkan.

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

(2)

Apa-apa perintah atau notis yang diberikan di bawah

Akta ini hendaklah, jika dikehendaki untuk disampaikan kepada suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, disampaikan dengan menghantar serah perintah atau notis itu kepada seorang pegawai atau ejen pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan itu di alamat berdaftarnya atau alamat perniagaannya.

(3)

Sekiranya pegawai yang melaksanakan penyampaian apa-apa perintah atau notis di bawah subseksyen (1) atau (2)

berpuas hati, atas sebab yang hendaklah direkodkan olehnya secara bertulis, bahawa perintah atau notis itu tidak dapat disampaikan dengan cara yang diperuntukkan dalam subseksyen

(1)

atau (2), perintah atau notis itu boleh disampaikan dengan melekatkan perintah atau notis itu pada bahagian premis yang mudah dilihat—

(a)

yang individu bagi perintah atau notis itu diniatkan diketahui terakhir tinggal, terakhir bekerja atau terakhir menjalankan perniagaan; atau

(b)

di alamat berdaftar atau alamat perniagaan yang terakhir diketahui bagi pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan yang perintah atau notis itu diniatkan, dan dalam hal sedemikian perintah atau notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sempurna.

(4)

Sekiranya apabila suatu penyiasatan dibuat di bawah

Akta ini, pegawai penyiasat mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi atau alasan yang munasabah untuk mengesyaki bagi mewajarkan pemulaan atau penerusan mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang, pegawai penyiasat itu hendaklah menghendaki seorang pengadu, jika ada, dan mana-mana orang yang didapati oleh pegawai penyiasat itu mengetahui hal keadaan kes itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, untuk menandatangani suatu jaminan untuk hadir di hadapan mana-mana mahkamah yang dinamakan dalam jaminan itu atau untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding mahkamah.

(5)

Sekiranya mana-mana pengadu atau orang yang disebut dalam subseksyen (4) enggan untuk menandatangani suatu jaminan di bawah subseksyen itu, pegawai penyiasat itu

Undang-Undang Malaysia 68

hendaklah melaporkan keengganan itu kepada mahkamah yang boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran atau saman untuk memastikan kehadiran pengadu atau orang itu.

Penyerahan dokumen perjalanan 99b.  (1)  Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seorang pegawai penyiasat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, untuk menyerahkan dokumen perjalanannya termasuk pasport atau permit keluar yang dalam milikannya, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu.

(2)

Suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan secara kediri kepada orang yang notis itu dialamatkan mengikut seksyen 99a.

(3)

Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1) disampaikan hendaklah mematuhi notis itu, yang kegagalannya untuk berbuat demikian boleh menyebabkan dia ditangkap dan dibawa ke hadapan seorang majistret.

(4)

Jika seseorang itu dibawa ke hadapan seorang majistret, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati majistret bahawa dia tidak memiliki suatu dokumen perjalanan, majistret itu hendaklah dengan waran menahan orang itu dalam penjara—

(a)

sehingga habis tempoh empat belas hari dari tarikh penahanannya itu; atau

(b)

sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang berlaku lebih awal.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang bermaksud bahawa orang itu telah mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi kebenaran yang mencukupi bagi Pesuruhjaya Penjara untuk melepaskan orang itu.

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

(6)

Seorang pegawai penyiasat boleh, dengan kelulusan bertulis Bank, melalui notis secara bertulis yang dikeluarkan kepada mana-mana pegawai imigresen, meminta supaya mana-mana orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini dicegah daripada meninggalkan Malaysia.

(7)

Pegawai imigresen itu boleh, apabila diberitahu melalui suatu notis bertulis yang dibuat di bawah subseksyen (6), menghendaki orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, untuk menyerahkan pasportnya, permit keluarnya atau apa-apa dokumen perjalanannya yang lain yang dalam milikannya kepada seorang pegawai imigresen.

(8)

Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, “pegawai imigresen” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta

Imigresen 1959/63 [Akta 155].

Agent provocateur 99c.  Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah

Akta ini—

(a)

tiada agent provocateur, sama ada dia seorang pegawai

Bank atau tidak, boleh dianggap menjadi seorang rakan sejenayah atau tidak boleh dipercayai hanya kerana dia telah cuba melakukan atau bersubahat dalam, atau telah bersubahat atau terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu sekiranya maksud utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu adalah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu;

(b)

apa-apa pernyataan sama ada secara lisan atau bertulis yang dibuat kepada seorang agent provocateur oleh mana-mana orang, termasuk mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dan diberi perhatian dan pertimbangan yang wajar dalam mana-mana perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan

Undang-Undang Malaysia 70

(c)

suatu sabitan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini semata-mata atas keterangan tanpa sokongan mana-mana agent provocateur tidak boleh menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan untuk mengingatkan dirinya mengenai bahaya membuat sabitan atas keterangan sedemikian.”.

Report