Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Penggal 4

100. “Bantuan kepada pegawai polis atau pegawai awam lain

Feedback & support

Bank boleh atas usahanya sendiri, atau atas permintaan seorang pegawai awam—

(a)

membekalkan kepada seorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain suatu salinan—

(i)

apa-apa rekod, laporan, buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat yang disita, ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 89;

(ii)

apa-apa rekod pemeriksaan di bawah perenggan 90(2)(a);

(iii)

apa-apa pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau ikrar menurut perenggan 90(2)(c); atau

(iv)

apa-apa rekod, laporan, buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah perenggan 90(2)(b), atau selainnya dalam penjalanan apa-apa pemeriksaan di bawah perenggan 90(2)(a), atau di bawah apa-apa pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau ikrar menurut perenggan 90(2)(c), dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan salinan rekod, laporan, pernyataan, buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

(b)

membenarkan seorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain untuk mempunyai akses kepada dan memeriksa apa-apa harta, rekod, laporan, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang dikemukakan kepada, atau yang disita, ditahan atau diambil milik oleh, seorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini, dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang diperoleh daripada akses atau pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang.”.

Report