Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
87. Pindaan seksyen 97
Feedback & supportSeksyen 97 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“laporan atau dokumen lain” dan “laporan atau dokumen”
dengan perkataan “laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat”;
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Jika seorang pegawai penyiasat tidak dapat mengesan orang yang berhak menurut undang-undang atas harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu pegawai penyiasat itu hendaklah menyebabkan untuk disiarkan suatu notis di laman sesawang Bank meminta mana-mana orang yang berhak menurut undang-undang atas harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu untuk menuntut harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.”;
dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Jika tiada tuntutan dibuat apabila habis tempoh yang ditentukan dalam notis yang disiarkan di bawah subseksyen (3), pegawai penyiasat itu hendaklah membuat suatu permohonan secara bertulis kepada
Undang-Undang Malaysia 66
mahkamah mengenai pelupusan harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu.
Mahkamah apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (4) dan setelah berpuas hati bahawa orang yang berhak menurut undang-undang atas harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu tidak dapat dikesan hendaklah memerintahkan supaya harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu dilucut hak atau dilupuskan oleh Bank mengikut perintah yang dibuat oleh mahkamah itu.”.