Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 · Updated to 1 Jan 2024 · Bahagian VII · Kewangan
30. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Feedback & supportKumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
membayar apa-apa perbelanjaan, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan dengan sah atau disetuju terima oleh Majlis dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini termasuk fi dan kos ukur dan guaman dan fi dan kos lain;
membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan aset lain, dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsi atau menjalankan kuasa
Majlis di bawah Akta ini;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang dikenakan atas wang yang dipinjam itu;
membayar elaun dan perbelanjaan lain anggota Majlis,
Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan dan mana-mana jawatankuasa, dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat Majlis, Jawatankuasa Pelaksanaan dan
Penyelarasan dan mana-mana jawatankuasa;
membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain Ketua
Eksekutif, pegawai dan pekhidmat Majlis termasuk pemberian pinjaman dan bayaran pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencen dan ganjaran;
memberi bantuan kewangan atau kemudahan kredit, dengan atau tanpa bunga, atau apa-apa sumbangan, bagi maksud pendidikan atau biasiswa atau bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh Majlis kepada mana-mana orang;
sumbangan dan derma kepada mana-mana orang; dan
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 39
pada amnya membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.