Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 · Updated to 1 Jan 2024 · Bahagian VII · Kewangan
36. Kuasa untuk mengenakan fi
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan lain dalam Akta ini tentang kuasa Majlis untuk mengenakan fi, kos atau apa-apa caj lain, Majlis boleh mengenakan apa-apa fi, kos atau caj lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis bagi apa-apa yang dibuat oleh Majlis di bawah Akta ini demi menjayakan objektif Majlis dan bagi memberi kesan kepada mana-mana fungsi atau kuasa Majlis.
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 41
Jika mana-mana orang gagal untuk membayar apa-apa fi, kos dan caj yang dikenakan oleh Majlis, fi, kos dan caj yang tidak berbayar itu hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Majlis dan boleh dibuat tuntutan ke atasnya dan didapatkan melalui mahkamah daripada orang itu.