Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 · Updated to 1 Jan 2024 · Bahagian VII · Kewangan
39. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Feedback & supportPerbelanjaan Majlis setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Perdana Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Majlis hendaklah mengemukakan kepada Perdana Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Perdana Menteri.
Perdana Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Majlis amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.
Majlis boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Perdana Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Perdana Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan ke dalam anggaran tambahan itu.
Perdana
Menteri boleh mengarahkan
Majlis supaya mengemukakan satu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.