Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2024Read it in English

Bahagian VII · Kewangan

31. Kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang

Feedback & support
(1)

Tanpa menjejaskan seksyen 13 dan peruntukan lain Akta ini, Majlis boleh mewakilkan kepada Pengerusi, seorang anggota

Majlis,

Jawatankuasa

Pelaksanaan dan

Penyelarasan, suatu jawatankuasa, Ketua Eksekutif atau seorang pegawai Majlis, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau apa-apa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan

Majlis hingga ke takat yang ditetapkan oleh Majlis.

(2)

Pengerusi, seorang anggota Majlis, Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan, suatu jawatankuasa, Ketua Eksekutif atau seorang pegawai Majlis, yang diberi kuasa untuk membenarkan apa-apa perbelanjaan daripada Kumpulan Wang adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Majlis dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Majlis.

(3)

Kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan

Wang yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Majlis.

(4)

Suatu pewakilan kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang di bawah seksyen ini tidak akan menghalang Majlis daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.

Report

Bahagian VIII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules