Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2024Read it in English

Bahagian VIII · Kesalahan dan Penalti

43. Obligasi kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota Majlis, anggota Jawatankuasa

Pelaksanaan dan Penyelarasan, anggota mana-mana jawatankuasa atau orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat

Majlis, Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan atau mana-mana jawatankuasa, atau Ketua Eksekutif atau pegawai atau pekhidmat

Majlis boleh menzahirkan atau memberikan atau menyebabkan mana-mana orang untuk menzahirkan atau memberikan, apa-apa maklumat atau dokumen yang telah diperolehnya atau yang terhadapnya dia mempunyai akses semasa melaksanakan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 688

Report

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules