Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2024Read it in English

Bahagian VIII · Kesalahan dan Penalti

44. Kesalahan kerana memberi maklumat palsu atau mengelirukan

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang menzahirkan atau memberikan, atau menyebabkan mana-mana orang untuk menzahirkan atau memberikan, maklumat kepada Majlis yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

(2)

Jika seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah seorang yang profesionnya dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis, dia boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

(3)

Mana-mana pertubuhan perbadanan yang menzahirkan atau memberikan, atau menyebabkan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan untuk menzahirkan atau memberikan, maklumat kepada

Majlis yang diketahuinya atau yang pertubuhan perbadanan itu mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.

Report

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules